Kehidupan peribadi Zizan_Razak

Zizan merupakan seorang yang bujang.[65][66] Beliau sebelum ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Emma Maembong sekitar 2011.[67] Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya.[67] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[68][69] Zizan mengakui banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan Emma sehingga menyebabkan perpisahan mereka. Tidak lama kemudian, Zizan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua kembali berdamai di laman Instagram miliknya.[70]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng pada 2012.[71][72] Pada 17 Mac 2015, Zizan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya dan berada dalam keadaan selamat.[73]

Zizan dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara Mira Filzah, ketika sama-sama mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 pada 2016. Namun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa, malah Zizan menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Mira.[74][75][76][77][78]

Rujukan

WikiPedia: Zizan_Razak http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/calonnya-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/impak-pol... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/polis-evo... http://www.budiey.com/filem-hantu-bonceng-kutip-rm... http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anuge... http://www.budiey.com/zizan-razak-kini-miliki-rest... http://www.gempak.com/artikel/25021/Polis-Evo-3-Ba... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...